Sze Fei-Nur Izzuddin dijangka sertai RTG bulan depan

Dari Penulis

PENGUMUMAN mengenai kemasukan beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ke dalam program Road to Gold (RTG) sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) dijangka dibuat bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengadakan pertemuan dengan beregu nombor dua dunia itu semalam, berkata sebarang keputusan mengenai kemasukan atau pengguguran atlet dalam program tersebut hanya akan dibuat selepas pelantikan Jawatankuasa RTG yang baharu pada Mac.

“Semalam, saya telah menjelaskan fungsi RTG, bentuk sokongan yang disediakan serta cabaran yang mereka hadapi kerana mereka bukan di bawah naungan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) ketika ini.

“Mereka kini beregu lelaki nombor satu negara… Perbincangan akan terus berlangsung.

“Sekretariat RTG kini sedang menyusun senarai atlet dalam kedudukan 10 teratas dunia untuk disenaraikan dalam RTG dan diberikan sokongan tambahan sebagai persiapan ke LA28,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Putrajaya, hari ini.

Kriteria utama untuk disenaraikan dalam RTG ialah menduduki kelompok 10 terbaik dunia.

Baca artikel lain: Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan

Hannah sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan turut merancang untuk berjumpa dengan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia bagi membincangkan mengenai program RTG.

Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan prestasi cemerlang dalam beberapa kejohanan Jelajah Dunia sejak meninggalkan BAM pada Ogos lalu, antaranya muncul juara Terbuka India, Terbuka China dan Terbuka Jepun.

Atlet di bawah program RTG, yang diwujudkan bagi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara layak menerima sokongan dalam bidang sains sukan, pendedahan kepada pertandingan, kejurulatihan tambahan serta elaun khas sebanyak RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Hannah berkata pihaknya merancang untuk melibatkan muka baharu dalam pelantikan individu ke lembaga pentadbiran beberapa agensi di bawah kementerian yang tamat tempoh pelantikannya tahun ini.

“Bukan sahaja YAKEB (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan), kita juga mempunyai beberapa lagi lembaga seperti Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang tamat tempoh lantikan tahun ini. Kita mahu memastikan ada peluang kepada individu baharu dan juga mengambil pengalaman daripada pihak lain, sambil mematuhi tatakelola serta proses kerajaan.

“Saya mahu melibatkan orang baharu, tetapi ada juga yang akan dikekalkan… Dinamik ini saya teruskan demi kebaikan kementerian dan pemegang taruh. Nanti kita akan umumkan,” katanya apabila diminta mengulas mengenai perkhidmatan Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, yang bakal tamat pada 7 Mac ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This