Pas akan tanding PRK DUN Ayer Kuning – Muhyiddin

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan meletakkan calon daripada Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Pas menyasarkan kerusi DUN itu sebelum ini.

“Walaupun kita kalah sebelum ini, kita tidak akan buat sebarang perubahan. Biar kekal parti sama (untuk mewakili PN).

“Kami akan berikan sokongan penuh,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Pas bertanding di kerusi itu lima kali sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 tetapi tewas kesemuanya.

Baca artikel lain: FH4A tingkat literasi kesihatan rakyat

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan susulan kematian penyandang Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Ketua UMNO Tapah itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This