FH4A tingkat literasi kesihatan rakyat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini merasmikan Majlis Penutupan Program Rintis Future Health for All (FH4A), inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai penjagaan kesihatan melalui pelbagai sesi perkongsian, pameran teknologi kesihatan, saringan percuma serta peluang untuk mengalami sendiri inovasi kesihatan terkini.

Sejak dilancarkan pada 18 Januari 2024, FH4A telah dianjurkan di 20 buah lokasi merentasi enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.

Program rintis ini mendapat sokongan rakan-rakan strategik iaitu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Berhad.

Baca artikel lain: Penggali kubur jumpa mayat rentung dalam pikap

Pada masa hadapan, MCMC berhasrat untuk memperluaskan program FH4A ke negeri-negeri lain termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.

Usaha ini amat penting dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti tanpa mengira lokasi dan memperkukuh literasi kesihatan.

Kerajaan komited dalam memperkasakan kesaksamaan akses kesihatan rakyat dengan mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara, khususnya melalui penggunaan ketersambungan 5G yang lebih meluas dan efisien.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11...

More Articles Like This