Peter Anthony ada 14 hari sebelum hilang kelayakan ADUN Melalap

Dari Penulis

DATUK Peter Anthony masih mempunyai 14 hari untuk mengambil sebarang tindakan mengikut undang-undang sebelum kehilangan kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap secara automatik.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Kadzim M.Yahya berkata tempoh itu bermula semalam selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas ADUN berkenaan atas kesalahan memalsukan dokumen.

“Terpulang kepada dia untuk menghabiskan tempoh 14 hari ini, jika tempoh 14 hari itu tamat dan dia telah menggunakan semua saluran undang-undang, maka ia akan dikosongkan secara automatik,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022 terhadap Peter, 54, iaitu penjara tiga tahun serta denda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

Baca artikel lain: Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000

Kadzim berkata, status ADUN Melalap itu akan diputuskan setelah kesemua peruntukan undang-undang yang berkaitan telah dipenuhi.

Mengikut Perkara 17(1)(e) Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana ADUN disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

“Namun peruntukan itu hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan-peruntukan lain di bawah Perlembagaan Negeri Sabah yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This