“Terima kasih ziarah kami. Doakan semoga Allah terima taubat saya” Banduan akhir

Dari Penulis

Bulan Ramadan merupakan bulan suci dan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana mengandungi rahmat, pengampunan, kemenangan dan barakah yang sangat luas dari Allah S.W.T.  

Setiap amalan walau sekecil zarah pun, jika dilakukan di dalam bulan ini, pastinya akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Malah dalam bulan ini, Allah memberikan peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Nya dengan dibukakan pintu-pintu rahmat. Setiap saat dan waktu di dalam bulan ini adalah waktu mustajab doa yang tidak ditolak oleh Allah. Begitulah juga dengan permohonan taubat dari seorang pendosa.

Dalam satu hantaran facebook yang dimuatnaik oleh Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri hari ini, beliau telah berkongsi kisah seorang banduan akhir yang ditemuinya ketika menziarahi penjara mengharapkan agar taubatnya diterima Allah. Dalam hantaran itu, Dr. Zulkifli turut berkongsi dialog yang dituturkan oleh banduan itu sehingga mengundang sebak padanya. Kongsinya,

“Dato’ Seri… saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi terima kasih sebab ziarah kami. Doakan semoga Allah terima taubat saya”

Saya genggam tangannya erat, saya kenal beliau di luar sebagai orang yang baik. Mungkin sedikit ujian Allah kepada beliau dan beliau tersalah langkah.

“Selagi hayat masih ada, kita teruskan doa. Kita teruskan harapan. Banyak waktu mustajab doa dalam bulan ini” ujar saya selepas melihat matanya berkaca.”

Ini merupakan pengalaman sedih yang meninggalkan kesan kepada beliau dalam sesi ziarah tahunan Banduan Akhir dengan Kerjasama Jabatan Penjara Malaysia semalam.

Ujarnya lagi, tahun ini genap 10 tahun beliau meneruskan tradisi menjejakkan kaki ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, dan kemudian sebagai Menteri hingga kini tanpa sebarang jawatan.

Menariknya kunjungan beliau tahun ini kerana turut disertai sahabat para penaja dari Muslim Care Malaysia, Lazz Susu Kambing, McD Malaysia, Coca-Cola Malaysia serta beberapa pihak lain. Pastinya kehadiran Dr. Zulkifli di dalam bulan Ramadan bersama rombongannya memberi sinar kegembiraan bagi para banduan terutama banduan akhir. Pun begitu beliau turut meluahkan rasa sebak dan sayu.

“Setiap kali hadir, hati ini sebak. Ada wajah-wajah baharu yang penuh pengharapan dan ada yang sudah tiada kerana mendapat pengampunan atau berakhir hayatnya di tali gantung”

Dalam pertemuan itu, Dr. Zulkifli beserta rombongan sempat meluangkan masa solat Zohor dan Asar bersama para banduan. Bukan itu sahaja, malah para banduan akhir ini turut dijamu dengan Nasi Arab Saba’ Restoran sebagai juadah berbuka bagi memberi sedikit kegembiraan buat para banduan di bulan penuh rahmat ini.

Dalam hantarannya juga, Dr. Zulkifli turut mengingatkan agar kita menjadi umat yang sentiasa bersyukur dan tidak terbuai dengan dosa hingga menyebabkan gelap hati. Beliau juga mendoakan agar kita semua dirahmati dan diampuni. Katanya,

“Hakikatnya kita semua pendosa. Cuma Allah memilih untuk memberi mereka peluang lebih awal untuk berubah, dengan kaedah yang penuh hikmah. Sedangkan kita, jika masih tidak bersyukur, akan terus terbuai dengan dosa yang terkabur dek gelapnya hati. Moga Allah merahmati dan mengampuni kita semua.” Wallahu a’lam

Sumber: facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri  

____________________________________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Langkah Proaktif Tabung Haji, Rangka Pelan Musim Hadapan Ketika Operasi 1447H Masih Berjalan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) membuktikan komitmennya dalam memperkasakan pengurusan haji negara apabila sudah mula mengorak langkah awal merangka pelan...

More Articles Like This