Pelajar tahfiz maut kemalangan usai solat tarawih

Dari Penulis

SEORANG pelajar tahfiz yang baru pulang menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Pengadang Baru, di Kuala Terengganu, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan pada 10.45 malam dan mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Syakir Rahmat, 19, berasal dari Marang. 

“Siasatan awal mendapati Muhammad Adam Syakir dari arah simpang Sungai Rengas menghala ke simpang Taman Adeli 2 dipercayai keluar secara mengejut dari simpang memasuki jalan utama.

“Akibat jarak terlalu dekat, Muhammad Hafeeq Izzuan Mohd Izzad Izzuan, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125 dan sedang bergerak terus di jalan utama itu telah melanggar bahagian sisi sebelah kanan motosikal jenis Honda RS150R dinaiki mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk tindakan lanjut.

“Muhammad Hafeeq Izzuan dari Kampung Gong Kiat yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama bagi menerima rawatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This