SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah pada 26 April ini.
Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sementara itu tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.
“SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan memutuskan satu PRK DUN N48 Ayer Kuning, Perak hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.
“Urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara dibuka mulai hari ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Ramlan berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga pukul 11.59 malam pada 25 April ini.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Baca artikel lain: KEMAS perluas Program Rakan Kebun ke seluruh negara
Pada PRU-15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).
Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.
Bekas wakil rakyatnya, Datuk Azman Mahalan, memenangi kerusi berkenaan selama empat penggal berturut-turut sejak 1986 hingga 2004.
Penguasaan BN di kerusi itu diteruskan pula dari 2004 sehingga 2022 oleh Datuk Samsudin Abu Hassan.
Berdasarkan Daftar Pemilih SPR pada 2022, DUN Ayer Kuning memiliki seramai 31,940 pengundi dengan Melayu (55.64 peratus), Cina (21.99 peratus), India (14.30 peratus) dan Lain-lain (8.07 peratus).
Daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar itu, seramai 15,020 daripadanya berusia antara 18 hingga 39 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

