PRK DUN Ayer Kuning: BN umum calon, lancar jentera pada 5 April

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada hari yang sama, mereka turut akan melancarkan jentera pilihan raya bagi PRK tersebut.

“Sebelum hari penamaan calon ini, ada Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Tapah. Setiap tahun dia buat, jadi kita tumpang.

“Pada 5 April, hari Sabtu itu, kita akan melancarkan jentera dan pada hari yang sama kita akan umumkan nama calon,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Dato’ Kamaruddin, Bidor, pada Ahad.

Baca artikel lain: Suami isteri maut dalam kemalangan di Batu Pahat

Sementara itu, Saarani berkata, BN mempunyai strategi untuk menangkis pelbagai tuduhan yang dibawa pembangkang, termasuk memainkan sentimen UMNO-DAP.

Menurutnya, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh menafikan bahawa mereka pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini.

“UMNO-DAP dia sebut Umdap. Dia tak mahu sebut Pasdap (Pas-DAP). Saya akan sebut kalau dia mainkan isu itu. Tahun 2008, Pas-DAP menubuhkan kerajaan Perak, Pas dengan DAP.

“Tahun 2018, Datuk Seri Peja (Ahmad Faizal Azumu), Tun Dr. Mahathir sendiri menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan atas nama ‘Bersadap’ (Bersatu-DAP), apa masalah? Kalau mereka mainkan isu ini, saya akan bawa slaid,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This