Kembara Sahur UtusanTV 2025 sudah 100 peratus siap untuk dilancarkan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEKITAR 24 jam sebelum Kembara Sahur UtusanTV 2025 bermula, segala persiapan untuk melaksanakan program tahunan sempena sambutan bulan Ramadan itu boleh dikatakan sudah hampir 100 peratus siap.

Namun begitu, penyelenggara projek, Azwan Zeffry Ahmad berharap, segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar khususnya daripada aspek keselamatan dan kesiapsiagaan peserta motosikal berkuasa tinggi.

Pada masa sama, beliau menasihati peserta kali ini yang berjumlah 350 untuk menepati masa dan sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak penganjur demi kebaikan semua pihak.

“Kita minta semua peserta dan penunggang motosikal mengikuti semua peraturan jalan raya, selain itu motosikal juga perlu berada dalam keadaan baik.

“Peserta kali ini kami tetapkan 350 orang sahaja dan setakat hari ini tiada sebarang penambahan dibuat,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Kembara Sahur UtusanTV 2025 pilih Sepang sebagai destinasi perhimpunan

Kembara Sahur UtusanTV 2025 yang bakal diadakan pada lewat Isnin, 17 Mac ini menetapkan penyertaan kira-kira 350 motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan komuniti FunRideRider.

Berlaku sedikit penambahan daripada segi penyertaan berbanding tahun lalu, di mana sekitar 300 peserta menyertai Kembara Sahur UtusanTV 2024.

Untuk tahun ini, penganjur telah memilih Sepang, Selangor sebagai destinasi perhimpunan tahunan yang memasuki penganjuran kali kelima itu.

Sebelum memulakan kembara, para peserta dikehendaki berkumpul pada pukul 10.45 malam di R&R Bukit Dukung, Cheras dan dijangka berlepas pada pukul 11.50 malam.

Konvoi yang akan melalui perjalanan sekitar 35 kilometer satu hala itu dijangka tiba di destinasi sekitar pukul 1 pagi, sebelum bersurai pada pukul 2.30 pagi.

FunRideRider adalah komuniti permotoran tanpa berasaskan model khusus yang aktif menganjurkan konvoi bermotosikal dengan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kembara Sahur UtusanTV dilaksanakan susulan acara tahunan fun ride sejak tahun 2013 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This