Serangan berterusan Israel: Masjid, surau bawah JAKIM, JAWI diarah laksana solat hajat untuk Palestin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki bulan Ramadan ini susulan serangan berterusan dilakukan Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pelaksanaan solat hajat itu sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman rejim Israel.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Pembunuhan 404 nyawa yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak, 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza adalah jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali.

Baca artikel lain: Malaysia kecam pembunuhan, Israel laksanakan misi Trump di Gaza

“Umat Islam di seluruh negara diseru untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd Na’im menegaskan, Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman tersebut.

“Kami juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel serta memastikan keadilan bagi rakyat Palestin,” katanya.

Sabtu lepas, Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This