Penyokong buat solat hajat, mohon keadilan untuk Najib

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU Majlis Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 telah dianjurkan, malam tadi sebagai usaha kerohanian memohon keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganjuran majlis solat hajat itu telah dilaksanakan penyokong bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Team Najib Razak dalam kenyataan memaklumkan, majlis tersebut mencerminkan manifestasi doa di samping simbol solidariti dan harapan rakyat khususnya penyokong UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Katanya, pendukung setia terus istiqamah mendoakan kesejahteraan, kekuatan dan keadilan buat Najib selaras dengan prinsip keadilan Islam dan kedaulatan undang-undang negara.

Selain solat hajat, majlis berkenaan menampilkan empat penceramah jemputan yang menyampaikan ucapan serta tausiyah berkaitan sumbangan dan peranan signifikan Najib dalam landskap politik negara.

Ia termasuk jasa bekas Presiden UMNO itu dalam memperkukuh parti tersebut dan BN ketika menerajui kerajaan.

Salah seorang penceramah, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud berkata Najib wajar diberikan ruang sewajarnya untuk bersama kepimpinan serta akar umbi UMNO dan BN, khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Najib merupakan aset strategik dan ramuan terbaik kepada kebangkitan semula UMNO dan BN.

“Pengalaman luas, kepimpinan berwibawa serta pengaruh beliau terbukti mampu menyatukan parti dan mengembalikan keyakinan pengundi,” katanya dalam kenyataan sama.

Baca artikel lain: ‘Perjuangan ini bukan usaha mengelak daripada tanggungjawab’, luahan rasa Najib dalam surat terbuka

Mohd Shafiq Fhadly turut berpandangan bahawa Najib kekal sebagai figura utama UMNO dan BN yang mempunyai keupayaan besar untuk menarik sokongan akar umbi serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju parti.

Selain Mohd Syafiq, tiga lagi penceramah ialah Yuktes Vijay, Zee How Tai dan Mohd Shukri Samsudin.

Dalam masa sama, kesemua penceramah sepakat bahawa Najib masih menggunakan saluran perundangan yang sah untuk mendapatkan keadilan, termasuk mengemukakan representasi dan permohonan semakan mengikut peruntukan undang-undang yang dibenarkan.

“Tuntutan keadilan ini bukan bertujuan mencabar institusi kehakiman, sebaliknya menekankan kepentingan prinsip perbicaraan adil, ihsan dan kebijaksanaan dalam pelaksanaan hukuman, selaras dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang,” kata mereka.

Pada 25 Disember lalu, Najib didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 25 pertuduhan terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu berlangsung selama tujuh tahun, menarik perhatian antarabangsa, melibatkan 50 saksi dan sembilan hari hujahan lisan pada peringkat pendakwaan.

Najib kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This