Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai hulur duit raya kepada 200 asnaf, sembilan selebriti antara tersenarai

Dari Penulis

Mencari keberkatan bulan Ramadan, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor menyampaikan sumbangan kepada 200 orang asnaf, anak yatim dan ibu tunggal menerusi Majlis Berbuka Puasa Perdana Dan Sumbangan Kasih Ramadan Kepada Asnaf & Anak Yatim Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai Cheras 2025.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazri Ibrahim berkata, majlis yang dianjurkan pada setiap tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri dan ini adalah salah satu usaha yang dijalankan untuk membantu kumpulan sasaran apatah lagi bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

“Kami mahu melibatkan jemaah dalam aktiviti kebajikan untuk menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di Bulan Ramadan dan mendidik jiwa masyarakat supaya memperbanyakkan amalan kebaikan dan aktiviti yang bermanfaat di Bulan Ramadan yang mulia.

“Malah sembilan artis lama yang tersenarai juga merupakan salah satu usaha kami dalam membantu meringankan beban mereka. Kadang kala ramai yang terlepas pandang kerana status selebriti, namun mereka juga memerlukan bantuan.

“Suka juga untuk saya kongsikan majlis pada hari ini turut meraikan sembilan orang artis tempatan tanah air era 70-an dan 80-an yang terkenal dengan lagu-lagu raya klasik penuh nosaltgia dan saya sendiri memberi sumbangan peribadi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba antaranya A Razak Ismail, Datin Effa Rizan, Zaiton Samion, Junainah M Amin, Hasnol, Azian Mazwan Safuan dan Uji Rashid,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, Ahmad Nazri menerangkan, pihaknya juga telah menyerahkan sumbangan duit raya sebanyak RM1,000 kepada tujuh buah surau di bawah kariah Masjid Al-Mukhlisin.

Ahmad Nazri turut menyatakan harapan masjid Al-Mukhlisin bukan sahaja menjadi tempat untuk menunaikan ibadah sebaliknya aktif dengan pelbagai aktiviti dan menjadi medan ilmu bagi masyarakat setempat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This