SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,566,854 (RM3.56 juta) daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh dalam kenyataan berkata penyerahan zakat berkenaan didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192.
Beliau berkata, Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mesnor Bujang menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1,034,000, manakala Royal College Of Medicine Perak diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampusnya Hisshamuddin Omar menyerahkan zakat berjumlah RM400,000.
Baca artikel lain: Sultan Nazrin ucap tahniah kepada Kor Ming, warga KPKT atas prestasi cemerlang
“TM Technology Services Sdn Bhd diwakili Pengurus Besar Perniagaan TM ONE Wilayah Utara Ahmad Nazri Ambi berjumlah RM509,262 dan Zaman Motors Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Datuk Khadri Khalid dengan jumlah RM124,400,” katanya.
Syamsul Hazeman berkata majlis penyerahan zakat itu diakhiri dengan majlis iftar yang turut dihadiri pegawai agama dan imam.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

