Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun ke-105.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam surat yang diutuskan kepada Presiden China, Xi Jinping.

“Saya menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang telah membentuk kemajuan negara itu berteraskan kekuatan tamadun, sejarah dan nilai-nilai yang diwarisi sejak sekian lama.

“Saya juga mengimbau keputusan bersejarah Malaysia pada 31 Mei 1974 sebagai negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf Republik Rakyat China.

“Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menegaskan Malaysia akan terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This