Gayong, inspirasi daripada kisah Mahaguru Meor Abdul Rahman bakal beraksi di pawagam mulai 8 Mei depan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEJAK majlis pelancaran yang berlangsung pada September 2024, Gayong ternyata antara naskhah yang dinantikan peminat peminat-peminat filem tempatan.

Apatah lagi, filem berkenaan diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).

Lebih menarik, pelakon popular Beto Kusyairy turut dipilih selaku teraju utama memegang watak ADMAR, bersama-sama barisan pelakon popular lain seperti Syafie Naswip, Nabila Huda, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Kini, setelah selesai penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Sepang dan Tanjung Sedeli, akhirnya filem Gayong akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Mei depan.

Pengarahnya, Faisal Ishak berkata, dia yakin filem berkenaan adalah antara naskhah aksi yang ditunggu-tunggu ramai.

“Saya merasakan Gayong tidaklah sekadar filem aksi semata-mata, tetapi ia juga platform untuk mengangkat warisan Melayu ke layar perak.

“Apabila menghasilkan filem ini, saya ingin penonton bukan sahaja menikmati aksi yang mendebarkan, tetapi turut merasai jiwa di sebalik setiap gerak dan langkah serta pengorbanan dalam dunia persilatan,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam penerbitan filem Gayong ini, Faisal mengakui menghasilkan sebuah cerita yang diinspirasikan daripada kisah seorang tokoh persilatan terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah.

Jelasnya, cabaran yang dihadapi bukan sekadar dalam aspek teknikal dan produksi, tetapi lebih kepada memastikan ketulenan dan penghormatan terhadap warisan tokoh berkenaan.

“Sebagai pengasas seni silat Gayong, arwah bukan sahaja seorang pendekar, tetapi guru yang membawa falsafah mendalam tentang ilmu persilatan dan kehidupan.

“Jadi, saya perlu memastikan jalan ceritanya menangkap semangat, perjuangan dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan seni silat Gayong,” ujarnya.

Bagi memastikan filem Gayong dihasilkan dengan lebih mantap, Faisal memberitahu setiap barisan pelakon telah menjalani latihan intensif di bawah bimbingan Pengarah Aksi iaitu Yayan serta jurulatih Silat Gayong yang berpengalaman.

Menurutnya, ia adalah langkah penting bagi memastikan setiap gerakan, teknik, dan falsafah silat dipersembahkan dengan autentik dan penuh penghormatan terhadap warisan tersebut.

“Latihan yang dibuat bukan sekadar mengajar mereka pergerakan asas, tetapi juga membantu pelakon memahami disiplin, struktur gerakan, serta semangat yang terkandung dalam setiap jurus dan langkah Gayong,” ujarnya.

Pada masa sama, pengarah berkenaan mahu filem arahannya itu menjadi satu penghormatan buat seorang legenda yang telah mewariskan ilmu yang begitu berharga.

“Secara jujurnya, saya berbesar hati dapat menerajui sebuah filem yang diinspirasikan dari kehidupan satu legasi, satu perjalanan yang menghubungkan sejarah dan semangat juang,” ujarnya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Gayong, Khairul Anuar Latip berkata, untuk menerbitkan filem berkenaan, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga ADMAR sendiri terutama anak perempuan dan cucu arwah.

Jelasnya, mereka telah mula kerja penyelidikan sejak bulan Disember 2023 dan berhubung dengan beberapa pihak untuk mendapatkan nasihat sehingga dipertemukan dengan waris kerabat keluarga ADMAR iaitu Hajah Fadzilah (anak) dan Zubaidah Hussin (cucu).

“Kami juga mendapat kerjasama daripada pertubuhan silat seni gayong Malaysia (PSSGM) yang diterajui oleh yang di pertuanya Lt. Jen (B) Dato Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dan juga setiausaha Agung, Saudara Akramin Zikri Ali.

“Pihak PSSGM sentiasa berhubung dengan kami dalam segala urusan produksi termasuklah memberikan khidmat nasihat dengan menghantar beberapa ahli pertubuhan silat gayong sendiri ke lokasi untuk memastikan aksi persilatan yang dilakukan tidak tersasar dari gerak seni silat gayong itu sendiri,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Khairul mengakui pihaknya bersedia dengan sebarang cabaran.

Jelasnya, pada Mei nanti terdapat begitu banyak filem-filem hebat lain yang turut ditayangkan bulan yang sama, termasuk filem tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, kini sudah tiba masanya untuk penonton memberikan sokongan kepada cerita yang mengangkat tokoh pahlawan tempatan hebat dan masyhur seperti ADMAR supaya lebih dikenali segenap lapisan masyarakat.

“Selaku penerbit eksekutif, pada ada sedikit kerisauan terutama sekali dari segi kutipan. Bagaimanapun saya yakin filem Gayong ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke panggung.

“Harapan saya sudah pasti agar Gayong mendapat sambutan luar biasa dan saya yakin filem ini dapat membangkitkan semangat dan aura kepada mereka yang menontonnya nanti,” ujarnya.

SINOPSIS
GAYONG merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada sebuah kisah perjalanan hidup Allayarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Filem ini memaparkan perjalanan hidup ADMAR mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan dan kemudiannya bangkit mempertahankan tanah air ketika diancam oleh penjajah.

PELAKON UTAMA
BETO KUSYAIRY – MEOR ABDUL RAHMAN
NABILA HUDA – CHE SOM
SYAFIE NASWIP – MAT
YAYAN RUHIAN – WAK KUSANG
PENAMPILAN ISTIMEWA
EBBY SAIFUL – PANGLIMA MERAH
NASIR JANI – PENGHULU HARON
PELAKON PEMBANTU
SHANNON WIRATCHAI – WORAWUT
TAKEDA HIROMITSU – YAMADA
ERIC CHEN – MASTER CHAN
WAN RAJA – TALIB
ANAS RIDZUAN – YUNOS
SHAHRUL HAKIMI – MAT RESAD
VINCENT KELLSEY – LT. KOL POPE
DANIEL GAN – TONY
PETER DAVIS – HARRY
PRODUKSI
Terbitan – SOL PICTURES SDN. BHD.
Cerita Asal – ERIC ONG
Pengarah – FAISAL ISHAK
Skrip – NAZA MANAS
Pengarah fotografi – HARIS HUE
Pengarah Aksi – YAYAN RUHIAN
PenyunMng – HAFEEZ MOHD NOOR
Penerbit Penyelaras – ARMZHENG AHMAD
Penerbit EksekuMf – KHAIRUL ANUAR LATIP
Penerbit – ILHANDY
GJOHAN KASIM
EDY CHANDRA
MULIA HARTONO
HENSON MAX WIDJAJA
ERIC ONG
GARY DU


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This