Mayat Mohamad Fayyad Affan ditemui dalam Sungai Ketil

Dari Penulis

KEHILANGAN seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, sejak Jumaat lepas berakhir dengan penemuan mayatnya di dalam Sungai Ketil, Baling pada 3.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata mayat kanak-kanak yang mengalami masalah autisme itu ditemukan kira-kira 500 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui oleh anggota keluarga yang membuat carian di tebing Sungai Ketil.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijadual akan dilaksanakan esok,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak terbabit pada 3.30 petang tadi.

Baca artikel lain: Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas di Sungai Batang Igan

“Anggota ditugaskan ke lokasi telah mengangkat dan membawa mangsa ke darat. Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.52 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba turut membuat pencarian dan pemantauan sejak pagi tadi hingga tengah hari di kawasan sekitar namun tidak menemui mangsa.

“Kira-kira lapan individu termasuk bapa saudara serta waris mangsa menyambung pencarian dan menemui mayat mangsa di dalam sungai,” katanya.

Mohamad Fayyad Affan dilaporkan hilang pada Jumaat setelah keluar dari rumahnya di Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang dekat Baling, kira-kira 2.30 petang.

Difahamkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berjalan keluar dari kawasan rumahnya dan menghala ke jalan kampung.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This