Kebakaran Putra Heights: Ahmad Zahid zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan yang sedang berusaha sedaya upaya mengawal insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut mendoakan keselamatan semua petugas yang bertungkus lumus dalam operasi menangani kebakaran itu serta kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat insiden tersebut.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, segala risiko dapat dikawal dan bantuan yang diperlukan dapat segera disalurkan kepada semua yang terlibat. Kita doakan semuanya berada dalam lindungan Allah SWT, khususnya buat yang terkesan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: PM tinjau lokasi insiden, dengar taklimat keselamatan

Kebakaran saluran paip gas berkenaan dilaporkan semakin reda setakat 1.55 petang ini.

Sekatat jam 4 petang ini, seramai 112 mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS), 63 cedera dan dirawat di tiga hospital dan 190 rumah terjejas dalam insiden tersebut.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Cyberjaya, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This