Tiga maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Lenggong

Dari Penulis

 TIGA lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja pembersihan di tapak pembinaan resort baharu di Kampung Ibol, Sumpitan dekat Lenggong, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dikejarkan ke lokasi sejauh 17 kilometer.

Beliau berkata dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun maut di lokasi kejadian, manakala lelaki Indonesia berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik.

“Sebanyak tujuh mangsa telah terperangkap di dalam lubang pembetung semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah resort baharu yang sedang dibina.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, lima orang pekerja telah dibawa keluar oleh orang awam dan dihantar ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk menerima rawatan, manakala dua lagi pekerja masih lagi terperangkap di dalam lubang pembetung tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kedua-dua mangsa yang terakhir dikeluarkan oleh anggota bomba daripada pembetung dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata saiz lubang pembetung tersebut dianggarkan kira-kira lima meter (17 kaki) panjang dengan lebar empat meter (13.5 kaki) serta mempunyai kedalaman 2.4 meter (8 kaki).

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota memakai PPE lengkap berserta alat pernafasan dan turun ke dalam lubang pembetung untuk mengeluarkan mangsa.

“Anggota kemudiannya mengikat mangsa dengan menggunakan tali dan mangsa ditarik keluar daripada lubang pembetung. Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah operasi tamat pada 12.25 tengah hari. – BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This