Masalah gigi sensitif banyak menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk dan manis serta minuman panas menjadi punca utama masalah ini, menyebabkan ramai yang tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya.
Lebih membimbangkan, hanya sekitar 13.1% sahaja yang mengambil berat untuk menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan rasa tidak selesa, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap masalah gigi sensitif.
Untuk itu, Sensodyne kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan.

Dengan seruan agar rakyat Malaysia tidak lagi bertahan dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif, kandungan baru dalam Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani masalah sensitiviti.
Ia bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam dengan memberus dua kali sehari, formulanya juga membantu menghilangkan kotoran, menyingkirkan bakteria dan memberikan rasa segar yang berpanjangan.
Keberkesanan Sensodyne untuk gigi sensitif turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH).
Kajian tersebut yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire mendapati keberkesanan Sensodyne melalui pengguna yang mendapati simptom sensitiviti mereka bertambah baik dengan penggunaan berterusan setiap hari.

“Ramai yang bertindak sekadar menahan rasa tidak selesa yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga mereka terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup, seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Mereka sekadar menunggu rasa ngilu itu hilang tanpa berusaha untuk menanganinya.
“Inilah sebabnya Sensodyne bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia tampil untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan menggalakkan intervensi awal. Jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah gigi yang lebih serius,” kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, ketika merasmikan kempen ‘A Happy Mouth is…A Happy Mind’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen tersebut dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia.
Kempen ‘A Happy Mouth is…A Happy Mind’ menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 buah klinik di seluruh negara, bermula 21 April hingga 21 Mei 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh layari laman sesawang www.sensodyne.com.my

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

