Platform penstriman UTV bakal sajikan kandungan tempatan eksklusif, asli & sarat dengan emosi – Usanita Entertainment

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Usanita Entertainment terus melakar langkah berani dalam industri hiburan digital apabila memperkenalkan UTV, sebuah platform penstriman (OTT) baharu yang bakal menemui penonton tempatan dan serantau tidak lama lagi.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada hujung Mei sep, UTV hadir dengan tagline Stream For You, menawarkan pengalaman hiburan yang bersifat peribadi, inklusif dan menyentuh emosi, selari dengan identiti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

UTV bukan sekadar sebuah platform penstriman biasa, malah ia diilhamkan sebagai ruang untuk meraikan suara autentik, kisah bermakna dan karya asli terutamanya dari bakat tempatan, termasuk memperkasakan penyertaan wanita dalam industri hiburan tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, UTV lahir daripada keinginan untuk menyediakan pentas digital yang memberi peluang kepada lebih ramai penggiat seni dan pembikin kandungan Malaysia untuk berkembang serta mengetengahkan karya mereka kepada khalayak yang lebih luas.

“Idea penubuhan UTV ini tercetus kerana kami melihat ruang yang sangat besar dalam pasaran untuk kandungan tempatan yang berani, asli dan menyentuh hati.

“Kami percaya Malaysia kaya dengan bakat dan kisah yang mampu memberi inspirasi, bukan sahaja kepada penonton tempatan malah di peringkat serantau. Dengan UTV, kami ingin mencipta sebuah platform yang bukan sahaja menayangkan kandungan, tetapi juga mendidik, menyatukan dan memperkasakan suara rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mereka mendapat tempat yang sewajarnya dalam industri hiburan digital,” katanya di Majlis Sambutan Aidilfitri anjurannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Nora Danish, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Erma Fatima, Zoey Rahman, Datuk Seri Rossa, Nadeera, Hael Husaini dan ramai lagi.

UTV bakal menawarkan pelbagai kandungan premium termasuk drama bersiri tempatan, telefilem, filem asli, dokumentari, bual bicara, serta kandungan gaya hidup dan belia yang relevan dengan citarasa generasi digital hari ini.

Lebih istimewa, Usanita Entertainment juga melantik pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima sebagai Channel Advisor bagi memastikan kualiti setiap produksi UTV menepati standard terbaik dan berdaya saing.

Selain pengumuman mengenai UTV, Usanita Entertainment turut mengumumkan dua persembahan istimewa eksklusif di bawah kerjasama Usanita Entertainment x Mask Team yang bakal berlangsung di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Persembahan pertama bertajuk An Evening With Nadeera Zaini akan diadakan pada 30 Mei 2025 (Jumaat) manakala persembahan kedua, Hael Husaini Antonim Night dijadualkan pada 31 Mei 2025 (Sabtu).

Kedua-dua acara ini akan bermula dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam dan menjanjikan persembahan muzik yang penuh keistimewaan serta emosi bersama artis-artis tempatan berbakat besar.

Mengulas mengenai penganjuran dua persembahan istimewa ini, Adzliana berkata, pihaknya sentiasa komited untuk mendekatkan seni dan muzik tempatan dengan peminat.

“Persembahan eksklusif ini bukan sahaja menjadi platform buat artis menampilkan karya mereka dalam suasana lebih intim, malah ia juga sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong industri hiburan tempatan.

“Kami percaya, Nadeera dan Hael akan memberikan pengalaman persembahan yang memukau dan penuh jiwa, sejajar dengan nilai yang kami pegang di Usanita Entertainment iaitu meraikan seni tempatan yang berkualiti tinggi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This