Nina Iskandar sahkan sudah bercerai talak satu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Nina Iskandar mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Mohd Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada tahun lalu.

Nina atau nama penuhnya Nur Akmalina Iskandar,34, memberitahu perceraian itu tidak ada kaitan dengan pihak ketiga.

“Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu berselindung. Sebelum ini, kes perceraian kami masih berjalan jadi saya tidak berani unyuk berkongsi kepada peminat dan rakan media. 

“Jadi sekarang baru saya boleh jelaskan mengenai status saya sekarang. Kami bercerai tahun lalu.

“Kami bercerai disebabkan tiada persefahaman bukan berpunca daripada orang ketiga,” katanya kepada URTV.

Nina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran serum bibir berwarna Skandarl Beauty di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, pelakon Andainya Takdir itu menegaskan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung sejak pertengahan tahun 2022.

“Saya sebenarnya bukan jenis suka menghebohkan kerana saya mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak selain menjaga sensitiviti keluarga.

“Malah sebelum ini ada takan media bertanya mengenai perkara sama namun yidak boleh beritahu perkara sebenar kerana ketika itu perceraian masih belum rasmi,” luahnya. 

Biarpun menemui kegagalan rumah tangga, Nina tetap bersyukur apabila anak lelakinya iaitu Aaryan Ar-Rizqin memahami situasi yang berlaku antara ibu dan bapanya. 

“Alhamdulillah anak saya memahami keadaan kami walaupun usianya baru lima tahun.

“Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizqin bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan antara anak dan ayah. 

“Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video. Saya juga ada bawa dia ke Johor Bahru untuk berjumpa dengan bekas suaminya dan keluarga bekas mentua,” ujarnya.

Sekadar info, Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaryan Ar-rizqin yang kini berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This