[VIDEO] Rika Riana teruja Harus Begini Jadinya dapat sentuhan magis Ajai

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SINGLE Harus Begini Jadinya memberi cabaran besar buat penyanyi Rika Riana yang perlu bermain dengan emosi bagi ‘menghidupkan’ karya terbabit.

Jelas penyanyi yang berusia 25 tahun ini, apa yang dipersembahkan dalam naskhah tersebut merupakan sebuah perjalanan rasa yang harus dihadapi sepanjang proses rakaman berlangsung.

“Benar, Harus Begini Jadinya terletak pada kekuatan emosi yang mendalam berlandaskan kepada kejujuran bait kata-kata yang tersemat di dalamnya.

“Lagu ini sangat dekat di hati sebab ia menggambarkan perasaan reda dengan sebuah kehilangan. Meskipun kita mempertahankan sesuatu, jika bukan milik kita ia harus dilepaskan,” katanya.

Harus Begini Jadinya merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Bagi gadis ini, apa yang diilhamkan oleh komposer berkenaan merupakan kisah yang biasa dialami oleh kebanyakan daripada kita.

Kekuatan dan jalan cerita yang ada pada naskhah inilah yang menarik perhatian anak kelahiran Keningau, Sabah itu untuk berada dalam studio rakaman kerana yakin ia mampu diterima baik oleh pendengar.

Tambah peserta program Mentor Millenia 2019 ini lagi, dia teruja kerana impiannya untuk bekerjasama dengan Ajai akhirnya terlaksana.

Sejak dahulu lagi, dia sudah menginginkan karya lelaki berkenaan sementelah Rika sendiri banyak membesar dengan lagu-lagu ciptaan Ajai sejak dahulu lagi.

“Abang Ajai sangat teliti dan tahu bagaimana mahu mencungkil emosi yang tepat untuk mengalunkan lirik. Sepanjang sesi rakaman, saya belajar banyak tentang penghayatan dan juga seni dalam penyampaian. 

“Beliau profesional dan memudahkan banyak perkara sepanjang kami bekerjasama. Itu kenangan paling manis untuk saya,” jelasnya.

Bercerita mengenai video muzik (MV) pula, Rika menganggap proses tersebut merupakan cabaran besar kerana terpaksa mengubah lokasi akibat cuaca hujan.

Jika mengikut perancangan awal, MV berkenaan sepatutnya dilakukan di ruang terbuka namun pihak produksi mengubah ke lokasi tertutup mengikut kesesuaian semasa.

“Walaupun MV ini hanya berlatarkan dalam bilik dan ruang tamu, ia membawa naratif visual yang senyap tapi mendalam. 

“Setiap babak dirakam dengan elemen kesederhanaan untuk menggambarkan rasa kekosongan dan proses penerimaan selepas kehilangan,” tambah Rika atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony.

Rika berharap tahun ini memberi sinar baharu buat dirinya selain yakin Harus Begini Jadinya akan memberi tuah kepada kerjaya seninya.

Sebagai info, Harus Begini Jadinya merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music. 

Lagu ini juga dilancarkan secara rasmi disemua platform digital mulai 18 April. MV pula boleh ditonton di YouTube Indigital Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This