Menang di Ayer Kuning, amanah besar rakyat kepada BN  – Zambry 

Dari Penulis

 KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning hari ini melalui Calonnya, Dr.Mohamad Yusri Bakir adalah satu amanah besar daripada rakyat.

 Sambil menzahirkan rasa syukur,  Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kejayaan itu juga menunjukkan keyakinan mereka terhadap parti itu untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda pembangunan negara dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

 ‘’Bagi pihak Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta seluruh anggota Dewan Tertinggi BN dan Friends of BN, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi DUN Ayer Kuning atas sokongan padu yang telah diberikan.

‘’ Setinggi penghargaan juga dihulurkan kepada semua jentera parti yang berkampung sepanjang tempoh kempen, berjuang dengan satu tekad untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional,’’ katanya dalam kenyataan.

BN berjaya mempertahan kerusi tersebut selepas Dr.Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Zambry turut menegaskan,  kerjasama erat daripada Pakatan Harapan telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kejayaan ini. 

 ‘’Ia mencerminkan keutuhan Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepada Barisan Nasional Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad, kemenangan ini adalah manifestasi keyakinan rakyat terhadap prestasi dan kepimpinan cemerlang Kerajaan Madani Negeri Perak.

‘’ Dengan mandat besar yang diperoleh ini, Barisan Nasional terus bertekad untuk memperjuangkan politik kesederhanaan, memperkukuhkan perpaduan rakyat, dan menggerakkan segala potensi bagi membina masa depan negara yang gemilang,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This