PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid puas hati kerjasama jentera BN, PH sepanjang kempen

Dari Penulis

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan kerjasama erat antara jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden UMNO itu berkata kesepakatan yang ditunjukkan sepanjang kempen PRK tersebut diterjemahkan dengan baik, sama seperti yang dilakukan pada PRK DUN Nenggiri, Kelantan, dan DUN Mahkota, Johor, sebelum ini yang membawa kepada kemenangan calon BN.

“Insya-Allah, kita akan berjaya mempertahankan kerusi itu (Ayer Kuning) dan saya doakan ustaz (Dr. Mohamad Yusri Bakir) akan berjaya…mudah-mudahan Allah merestui dan memakbulkan doa ini.

“(Bagaimanapun) kemenangan ini bergantung kepada peratusan pengundi yang akan keluar mengundi memandangkan ada dalam kalangan pengundi Melayu yang baru pulang dari kampung selepas Hari Raya, manakala pengundi Cina juga baru pulang dari perayaan Qingming,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival RISDA MADANI (KARRISMA) Zon Utara Tahun 2025 di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, Bagan Datuk hari ini.

Baca artikel lain: PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi masih rendah – SPR

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Pengerusi RISDA Manndzri Nasib dan Ketua Pengarah RISDA Zainal Azni Zulkifli.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut berharap agar jentera parti dapat membantu menggerakkan pengundi di DUN Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya harap cuaca tidak hujan sehingga petang dan jentera dapat lakukan ‘get out the voters’…saya harap mereka keluar rumah (untuk mengundi),” katanya.

Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran telah dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This