Ikon pengemasan dunia dan bintang popular Netflix, Marie Kondo, kini menukar lipatan pakaian kepada pengalaman perjalanan dalam kempen terbaharu bersama Klook, platform terkemuka untuk perkhidmatan dan pengalaman pelancongan di Asia. Kempen global bertajuk The Best You mengetengahkan sisi baharu Kondo yang menemui semula kegembiraan melalui pengembaraan yang penuh makna dan penemuan diri.
Marie Kondo, yang terkenal dengan pendekatan “spark joy” dalam menyusun atur rumah, kini memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam hidupnya.
“Sistem mengemas saya telah menggemparkan dunia, tetapi banyak perkara perlu berubah kerana saya perlu memberi tumpuan kepada keluarga saya,” katanya. “Saya ingin sentiasa terbuka kepada pengalaman baharu, untuk tidak pernah berhenti mencari perkara yang menyentuh hati saya,” kongsinya.
Perjalanan sebagai Transformasi Diri
Kempen The Best You oleh Klook menyasarkan untuk merubah pandangan terhadap pelancongan, bukan sekadar melancong, tetapi sebagai alat untuk pertumbuhan peribadi. Berdasarkan kajian Travel Pulse oleh Klook, separuh daripada pelancong Milenial dan Gen Z menganggap transformasi diri sebagai motivasi utama mereka, dengan ramai yang memilih percutian alam semula jadi atau hujung minggu yang ringkas bagi mengejar momen bermakna.
“Apabila dunia terasa tidak menentu, orang mencari momen yang membawa mereka kembali kepada siapa diri mereka. The Best You adalah jemputan untuk menemui semula kegembiraan, hubungan, dan pertumbuhan melalui kuasa perjalanan,” ujar Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global Klook.
Dari Kuiz Interaktif ke Pengalaman Peribadi
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Klook melancarkan kuiz interaktif yang menyeronokkan, kombinasi pengesan personaliti dan pilihan pengembaraan yang membantu pelancong mengenal pasti persona perjalanan mereka. Setiap hasil kuiz membawa kepada cadangan pengalaman terpilih, disesuaikan mengikut gaya dan cita rasa pelancong.
Jejaki Langkah Marie Kondo di Jepun
Untuk peminat Jepun dan Marie Kondo, Klook turut menawarkan jadual perjalanan istimewa di negara asal beliau. Ia termasuk bengkel kintsugi, aktiviti berinspirasi samurai, dan sesi tarian robot, membawakan kombinasi keunikan budaya dan elemen introspektif.
Turut serta dalam kempen ini ialah pencipta kandungan Merantau Dunia, yang berkongsi kisah transformasinya melalui pelbagai pengembaraan yang boleh ditonton secara dalam talian.

