TVET perkukuh daya saing negara, platform utama latih tenaga mahir

Dari Penulis

PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap pilihan kedua sebaliknya menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif sekali gus memperkukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata bidang itu turut berperanan sebagai platform penting untuk siswazah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Terdapat pelbagai institusi TVET di seluruh negara yang menawarkan kursus dalam bidang yang menarik seperti automotif, elektrik, masakan, teknologi maklumat, jahitan dan perhotelan.

“Mari jadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya. Jom masuk TVET!,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Baca artikel lain: TVET, STEM penting untuk Malaysia miliki daya tahan ekonomi domestik – PM

Menerusi infografik yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, setakat ini terdapat 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 kerajaan negeri.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata permohonan UP_TVET Perdana bagi pengambilan Julai telah dibuka dengan dua kategori pemohonan.

Bagi kategori kursus yang memerlukan temuduga permohonan dibuka hingga 30 Mei ini manakala kursus tanpa temuduga permohonan dibuka hingga 15 Jun.

Individu yang berminat boleh melayari laman sesawang rasmi di mohon.tvet.gov.my untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This