Dunia kecantikan Korea kini menyaksikan satu lagi revolusi apabila L.Soulle, jenama penjagaan kulit Korea yang pertama bersijil halal dan vegan, telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan melalui rangkaian Watsons Malaysia dan boleh didapati di lebih 100 cawangan di seluruh negara.
Ini merupakan langkah strategik penting bagi jenama tersebut dalam memperluaskan capaian mereka kepada pengguna yang semakin menuntut produk mesra Muslim dan mesra alam. Sekaligus membuktikan bahawa pengguna Malaysia semakin peka dan berminat terhadap produk kecantikan yang bukan sahaja berkesan, malah selamat dan beretika.
Dengan kehadiran L.Soulle di pasaran tempatan, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan penjagaan kulit yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga selaras dengan nilai etika dan gaya hidup sihat. Ia adalah gabungan sempurna antara inovasi kecantikan Korea dan keperluan pengguna Muslim moden.

Pelancaran L.Soulle diiringi kerjasama eksklusif dengan beberapa nama besar tanah air termasuk penyanyi dan pelakon Amira Othman, pempengaruh Thalita dan Maryam Younarae, serta selebriti popular Shuib Sepahtu dan Fatin Afeefa.
Di Korea, barisan duta selebriti L.Soulle turut mencuri tumpuan dengan penyertaan nama-nama terkenal seperti Yerin (GFriend), Lee Min Hyuk (BTOB), Nancy (Momoland), serta pelakon Hwang Se In dan Lee Min Young sekaligus menjadikan jenama ini satu fenomena yang sedang berkembang di dua benua.
Terdahulu, Kim Min Jung, Ketua Pegawai Eksekutif L.Soulle, turut hadir semasa pelancaran bersama Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia, serta Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.

Rangkaian Penjagaan Kulit Inovatif
Produk-produk L.Soulle tampil dengan teknologi terkini dan bahan semula jadi yang disahkan halal dan vegan. Antara produk utama yang diperkenalkan termasuk:
- L.Soulle Moisturizing Miracle Mist Toner – Semburan tiga dalam satu ini membantu mencerahkan, menenangkan dan mengurangkan kedutan kulit secara lembut.
- L.Soulle Moisturizing Miracle Serum – Serum dwi-tindakan ini mencerahkan kulit sambil mengurangkan penampilan garis halus.
- L.Soulle Moisturizing Miracle Cream – Krim pelembap intensif ini membantu mengimbangi kelembapan dan memberikan kesan anti-kedutan yang ketara.
Selain penjagaan harian, L.Soulle juga memberi tumpuan kepada perlindungan kulit daripada sinaran UV dengan produk seperti:
- Moisturizing Mild Sunscreen – Pelindung matahari SPF 50+ yang sesuai untuk semua, termasuk bayi, dengan tekstur ringan dan cepat meresap.
- Moisturizing Mild Sun Cushion – Pelindung matahari dalam bentuk kusyen mesra bayi, sesuai digunakan semasa bergerak.

