KETUA Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan proses memilih pemimpin terbaik tidak boleh dinilai berdasarkan kemenangan dalam sesuatu debat.
Mengulas tawaran debat Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Saifuddin berkata, keputusan menerima atau menolaknya terletak kepada calon-calon yang bertanding.
“Debat ini satu kaedah. Ia bergantung kepada calon untuk menyambut atau menolaknya. Nama pun tawaran, bukan paksaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Program Repatriasi Migran 2.0 dilanjutkan hingga tahun depan – Saifuddin Nasution
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Imigresen Malaysia di Puspanitapuri, hari ini.
Beliau menambah, kemampuan seseorang calon tidak harus dinilai hanya berdasarkan persembahan dalam sesi debat semata-mata.
“Saya tidak mahu meletakkan ukuran memilih pemimpin yang baik itu adalah menang debat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

