Memakai aksesori dari kulit ular, bagaimana hukumnya dalam Islam?

Dari Penulis

Hari ini ramai yang menggunakan atau memakai aksesori seperti beg, kasut, tali pinggang, dompet dan sebagainya dari kulit haiwan antaranya kulit lembu, ular, buaya dan lain-lain lagi. Justeru bagaimana pula hukumnya dalam Islam, sedangkan ada dalam kalangan binatang itu adalah bangkai apabila mati?

Menurut Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, sesungguhnya Allah telah mengatakan bahawa Allah menghalalkan pada kamu pada hal-hal yang baik dan haramkan perkara yang menjijikkan. Jadi di sini haiwan tersebut seperti ular atau buaya tergolong dalam haiwan yang menggelikan dan menjijikkan.

Namun begitu, kita masih boleh menggunakan produk dan aksesori yang berasal daripada ular yakni kulitnya seperti tas tangan, tali pinggang, kasut. Di dalam konsep ini, ular tersebut telah mati dan seterusnya diambil kulit serta di mana walaupun ia tergolong dalam kulit bangkai, ia menjadi suci dengan penyamakan.

Adakah samak itu sama seperti samak menggunakan air tanah? Jawapannya tidak! ia menggunakan sistem pensterilan di dalam proses pengilangan sehingga ia berubah menjadi satu benda baru, maka ia dianggap proses penyamakan.

Harus diingat bagi haiwan seperti anjing dan khinzir, ia tidak boleh sama sekali sampai bila-bila walaupun telah disamak melalui proses pensterilan. Itu kerana ia termasuk dalam kategori najis berat (mughallazah).

Keharusan menjadikan kulit bangkai selain anjing dan khinzir sebagai aksesori disokong dengan satu kisah Nabi s.a.w. di mana terdapat kambing mati dan Baginda berkata,

“Kenapa kalian tidak menggunakan kulitnya dengan menyamaknya dan manfaatkannya?”

Mereka jawab, “Mana boleh Rasulullah kerana ia sudah bangkai.”

Kemudian Nabi s.a.w. menjawab kembali, “Diharamkan adalah memakannya bukan kulitnya.” Jadi jelas di sini, proses samak itu dibolehkan.

Cara terbaik bunuh ular

Ular merupakan haiwan berbisa dan kita harus bunuhnya kerana ia boleh mendatangkan mudharat. Namun bagaimana cara terbaik untuk membunuhnya? Dalam Islam kita dinasihatkan membunuh ular dengan cara yang baik dan dilarang membunuh dengan cara membakar.

Jika membunuh ular dengan cara membakar, sebenarnya ada satu hadis dari Abu Daud yang menyebut,

“Jika kalian menemui seseorang maka bunuhlah, janganlah bakar dia kerana tidak boleh menyeksa dengan api kecuali Tuhan Api (Allah)”.

Hadis ini diriwayatkan berkaitan peperangan, di mana kita dilarang membunuh orang dengan menggunakan api.

Dalam hadis yang lain pula daripada Ibnu Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Bunuhlah semua ular, barangsiapa yang takut pada dendam mereka, maka ia bukan dari golonganku” (HR Abu Daud).

Kesimpulan yang dapat dirumuskan, jelas sekali ular merupakan haiwan yang dituntut untuk dibunuh kerana sifatnya yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang. Itulah fitrah bagi ular.

Sebenarnya manusia juga ada kalanya menyamai fitrah ular, yang membelit dan memberi mudarat kepada rakan dan orang di sekeliling. Jelas Salasiah, sikap manusia seperti inilah yang dinamakan hasad dengki. Rasa dengki menyebabkan seseorang itu tidak mahu ada orang lain mengatasinya.

Mereka ini tidak akan aman hatinya selagi keistimewaan orang yang didengki berpindah kepadanya ataupun keistimewaan itu hilang daripada orang yang didengki. Malah di dalam perniagaan ataupun apa-apa bidangnya pun perasaan hasad dengki ini tidak pernah akan hilang.

Disebabkan itulah, Islam ada mengajar kita mengatasi perasaan dengki seperti tukar perasaan itu dengan memuji, tukar dengan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Wallahu a’lam

______________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Langkah Proaktif Tabung Haji, Rangka Pelan Musim Hadapan Ketika Operasi 1447H Masih Berjalan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) membuktikan komitmennya dalam memperkasakan pengurusan haji negara apabila sudah mula mengorak langkah awal merangka pelan...

More Articles Like This