TAN Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Muhammad Shahrul Ikram yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menurut Wisma Putra, Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan telah berlangsung di Istana Negara, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Kementerian itu memberitahu, Muhammad Shahrul Ikram adalah anak kelahiran Pahang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya serta pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, AS.
Baca artikel lain: Pembukaan Kedutaan Kosovo merintis babak baharu hubungan dua hala – PM Anwar
“Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada tahun 1988 dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Luar dari 6 Januari 2019 hingga 31 Mei 2022.
“Sepanjang perkhidmatan selama kira-kira 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Muhammad Shahrul Ikram pernah ditauliahkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Qatar; Duta Besar Malaysia ke Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, AS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sepanjang berkhidmat di Kementerian Luar, Muhammad Shahrul Ikram pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Ketua Pengarah Sekretariat ASEAN-Malaysia dan Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.
Penugasan diplomatik beliau turut melibatkan perwakilan Malaysia di Vienna, Austria; Washington DC, AS dan Beijing, China.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

