Insiden bot terbalik: Bot berjaya diapungkan, pencarian mangsa diteruskan

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pasangan suami isteri yang hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Tanjung Harapan di sini semalam, diteruskan dengan kerja-kerja mengapungkan bot terbabit.

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata sebahagian daripada bot berkenaan berjaya diapungkan pada 2.20 petang, sebelum diteruskan dengan proses mengepam air keluar.

“Proses seterusnya menggunakan khidmat penyelam bagi memasang tali pada bahagian bawah bot untuk menaikkan atau meninggikan bahagian hadapan bot terlebih dahulu.

“Setelah itu, kita akan mengepam air keluar daripada bot dan akan melakukan pemeriksaan sama ada terdapat mangsa di dalam bot berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian di Tanjung Harapan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala sepasang suami isteri masih hilang apabila bot dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, masing-masing berasal dari Klang Utama.

Dalam masa sama anak mereka, Darren Gan yang berusia tiga tahun ditemukan maut dalam ruang hadapan bot bersama dua lagi mangsa, iaitu Cheu Son Hin, 50, dan Fong Yong Sen, 29, yang juga rakan kepada pasangan itu.

Seorang lagi mangsa Chang Yan Qin Alvin, 17, berjaya diselamatkan oleh nelayan.

Mengulas lanjut, Mohd Syafiq berkata operasi SAR yang disambung semula sejak 7 pagi tadi turut melibatkan penggunaan empat aset daripada pelbagai agensi keselamatan tidak termasuk tiga lagi aset daripada Royal Selangor Yacht Club (RSYC).

Beliau berkata paras air pasang banyak membantu memudahkan usaha menaikkan bot ke permukaan air kerana bot berkenaan masih mempunyai daya apungan sekali gus memudahkan usaha pasukan penyelam memasang tali.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This