ACS EDU Tour Musim Ke-4 tawar hadiah RM200,000. Jadi platform pemain wanita bersinar

Dari Penulis

Lebih 110 universiti seluruh Malaysia bakal merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM200,000 menerusi Kejohanan ACS EDU Tour Musim Keempat. Lebih menarik, musim ini tampil  lebih hebat dengan memperkenalkan permainan Honor of Kings, permainan yang memenangi anugerah Google Play Best Game 2024 di Asia Tenggara sebagai platform pertarungan utama.

Pengasas CRIT Esports, Randy Lim berkata, untuk edisi kali ini, elemen baharu seperti In-Season Cup diperkenalkan, satu kejohanan silang sempadan yang mempertemukan juara-juara negeri Malaysia dengan pasukan terbaik dari negara-negara ASEAN.

“Langkah ini membuka peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman persaingan bertaraf antarabangsa.

“Sebelum melangkah ke peringkat akhir, kami mahu memberi pendedahan kepada peserta dari Asean bagi mereka merasai sendiri pengalaman beraksi di peringkat yang lebih besar.

“Sepanjang musim lalu berlangsung, kami berjaya melahirkan pelajar yang bermain secara profesional dalam esports menerusi platform yang disediakan,” katanya.

PENGASAS CRIT Esports, Randy Lim (tengah).

Seiring dengan perkembangan industri yang semakin matang, ACS EDU Tour meneruskan inisiatifnya untuk memperkasakan penyertaan pemain wanita secara aktif dalam arena yang selama ini didominasi oleh lelaki.

Inisiatif ini juga turut diperluas kepada pemain kelainan upaya (para gamers) dan sekaligus menjadikan kejohanan ini lebih inklusif dan mencerminkan prinsip bahawa esports adalah untuk semua, tanpa diskriminasi.

“Kami menyediakan platform khusus dan ruang sokongan bagi memastikan lebih ramai pemain wanita dapat bersaing secara adil dan selamat.

“Langkah ini bukan sahaja membuka pintu kepada penyertaan, tetapi juga menghantar mesej jelas bahawa esports adalah ruang terbuka untuk semua, tanpa mengira jantina,” tambahnya lagi.

Selain aspek permainan, program CRITFluence turut merekrut 1,000 pelajar bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pencipta kandungan dan pempengaruh digital.

Disokong oleh badan-badan nasional seperti Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan ESPORTS INTEGRATED, ACS EDU Tour selari dengan visi negara untuk membina ekosistem sukan elektronik yang mapan dari peringkat akar umbi sehingga ke pentas dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This