Pesawat Air India terhempas: Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat

Dari Penulis

KONSULAT Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad ketika berlepas, hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan insiden itu dan akan menyalurkan maklumat dikemas kini sekiranya perlu.

Bagi sebarang bantuan konsul, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai boleh dihubungi di alamat Unit 12A1, Unit 12A2 dan Unit 12A3, Tingkat 13, Bangunan Supreme Headquarters, Jalan 14 dan 33 berhampiran Link Square Mall, Bandra West, 400 050 Maharashtra, India, atau menerusi talian +91 22 6996 5757 (Pertanyaan Am) atau e-mel ke: [email protected].

Baca artikel lain: Pesawat Air India terhempas: Malaysia berkongsi kesedihan, bersolidariti penuh bersama India – PM

Laporan Bernama dari New Delhi sebelum ini menyatakan sebuah pesawat Air India dalam penerbangan ke London yang membawa 242 orang, termasuk 12 anak kapal, terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat, barat India, hari ini.

Penerbangan AI171 itu berlepas pada jam 1.38 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan berkenaan.

Pesawat Boeing 787-8 yang terhempas itu membawa 169 warga India, 53 warga British, seorang warga Kanada dan tujuh rakyat Portugal.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This