MPL MY: SRG.OG raih gelaran hatrik juara musim ke-15

Dari Penulis

Selangor Red Giants (SRG.OG) menutup saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 dengan bergaya selepas menewaskan Homebois 4-0 pada aksi Best of Seven Grand Final hari ini.

Lebih membanggakan, ia adalah kemenangan hatrik dicipta SRG.OG sejak menjuarai saingan pada musim ke-13.

Pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama apabila mendominasi sepenuhnya permainan untuk melakar kemenangan dalam tempoh 14 minit.

Baca artikel lain: M6: SRG, Team Vamos mara pusingan kalah mati

SRG meneruskan momentum cemerlang itu pada perlawanan kedua hingga keempat untuk mempertahankan gelaran juara buat kali ketiga.

Menurut Arcadia, kemenangan hari ini adalah hasil usaha bersama ahli pasukan lain yang sanggup mengorbankan cuti mereka pada minggu lepas bagi mempersiapkan diri menghadapi Grand Final.

“Saya berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan, kerana sanggup mengorbankan cuti mereka minggu lepas demi memastikan matlamat kita untuk menang tercapai,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This