Lelaki sesat ketika daki Bukit Larut ditemukan selamat

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang dilaporkan tersesat ketika menjalankan aktiviti riadah bersama rakan-rakan di kawasan Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping, ditemukan selamat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa berusia 30 tahun itu kira-kira 2.28 petang hari ini.

“Kehilangan mangsa disedari oleh isterinya kerana sebelum kejadian itu, mangsa mengatakan ingin buang air kecil dan bergerak secara berseorangan sebelum didapati tidak muncul semula sejak 10 pagi tadi. 

“Pihak bomba melakukan pencarian di sekitar lokasi mangsa dimaklumkan hilang sehingga mangsa ditemukan selamat di Pondok 3, iaitu sejauh empat kilometer (km) dari kaki Bukit Larut.

Sabarodzi berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This