[VIDEO] Luar Biasa sarat mesej motivasi, gabungan Fazura & Ade Govinda disifatkan menjadi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan usahawan, Fazura bergabung dengan pemuzik dari Indonesia, Ade Govinda bagi menghasilkan single terbaharu berjudul Luar Biasa.

Ia adalah sebuah karya yang menyuntik semangat, harapan dan kekuatan buat sesiapa sahaja yang pernah jatuh dan kini mahu bangkit
semula.

Dicipta sepenuhnya oleh Ade, lagu ini mengangkat tema perjuangan hidup dan ketabahan hati dengan susunan muzik yang segar dan melodi yang mampu membangkitkan semangat.

Fazura turut menulis bahagian lirik lagu ini bersama Veron Savanoah, menyatakan keterujaannya dapat terlibat dalam projek yang sarat dengan nilai positif ini.

“Saya sangat tersentuh dengan lirik ‘Jatuh itu biasa, bangun itu luar biasa’. Ia benar-benar menggambarkan hakikat hidup kita semua ada perjuangan sendiri.

“Tapi yang penting adalah semangat untuk bangkit demi diri sendiri dan orang tersayang. Dengan niat yang baik dan keyakinan kepada Allah, kita mampu menghadapi dengan tenang,” katanya.

Ade turut berkata, ciptaan lagu itu adalah buat semua insan yang pernah jatuh, agar mereka tahu bahawa bangkit itu lebih luar biasa daripada jatuh.

“Lagu ini datang daripada hati, dan saya mahu pendengar menjadikannya sebagai lagu pembakar semangat dalam rutin harian mereka,” ujar Ade yang juga bertindak sebagai komposer, penyusun, dan penerbit lagu ini.

Proses penulisan lagu Luar Biasa berjalan dengan lancar kerana mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan dekat di hati. Menurut Ade, semuanya mengalir dengan mudah, dari lirik hingga susunan muzik seolah-olah lagu ini ‘ingin lahir sendiri’.

Pengalaman merakam lagu dan video muzik bersama dianggap sangat menyenangkan bagi kedua-dua pihak. Fazura memuji profesionalisme pasukan produksi dan keserasian yang terjalin sepanjang kolaborasi.

“Faz seorang yang sangat profesional dan mudah dibawa berbincang. Rakaman vokal dan video muzik dilakukan dalam masa yang sangat singkat kerana dia sangat fokus dan bersemangat,” tambah Ade.

Bagi Fazura pula, pengalaman bekerjasama dengan pasukan produksi dari Indonesia ini memberikan impak yang mendalam. Semua pihak berkongsi tenaga dan visi yang sama.

“Setiap orang membawa kekuatan tersendiri dan apabila digabungkan, alhamdulillah kami berjaya menghasilkan satu karya yang
bukan sahaja indah dari segi muzik tetapi juga kuat dari segi mesej,” jelasnya.

Lagu Luar Biasa menjalani proses adunan oleh Jones Roma dan proses mastering oleh Stephan Santoso, dua nama besar dalam industri muzik serantau. Hasil akhir lagu ini membawa bunyi moden yang kaya emosi, sesuai didengar oleh semua lapisan umur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This