[VIDEO] “Lagu ini menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan” – Bella Astillah pilih Ade Govinda menerusi buah tangan terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS kejayaan single terdahulu, Bella Astillah kini kembali dengan lagu terbaru berjudul Lebih Indah Berpisah, sebuah kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda.

Ade, selaku pencipta lagu dan juga penerbit muzik lagu itu hadir dengan penuh makna, membawa kisah tentang kekuatan hati untuk melepaskan cinta yang tidak lagi menghargai, demi membuka lembaran hidup yang lebih indah.

Bella berkata, lagu itu adalah karya yang sangat istimewa buat dirinya.

“Bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza, akhirnya saya dan Ade sepakat untuk memilih perkataan indah sebagai teras utama judul ini, mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan.

“Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade, menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Menurut Bella, bekerjasama dengan Ade dan pasukannya sebagai satu kenangan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. 

“Mereka sangat menghormati masa, bakat, dan orang lain tanpa memandang siapa kita. Mereka layan semua orang dengan penuh hormat dan profesionalisme.

“Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan.

“Malah, dengan semangat dan sokongan mereka, saya rasa lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik,” kongsinya.

Bella berharap lagu ini mampu memberikan kekuatan kepada mereka yang sedang berhadapan dengan kesedihan dalam kehidupan percintaan mereka. 

“Saya mahu lagu ini diterima dengan baik, dan menjadi teman kepada sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup mereka.

“Saya juga berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia, malah juga di Indonesia.

“Namun, yang paling utama juga adalah agar lagu ini dekat di hati pendengar. Projek ini juga menjadi platform untuk saya mencabar diri sendiri, memperbaiki mutu nyanyian dan berkembang sebagai seorang artis.

“Saya buat lagu ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi untuk diri saya sendiri dan untuk menjadi lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, Ade berkata, lagu Lebih Indah Berpisah bukan sekadar sebuah melodi, tetapi luahan jiwa tentang keberanian melepaskan dan memilih jalan baharu demi kebahagiaan diri. 

“Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berani mengambil keputusan untuk berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai.

“Lagu ini membawa mesej bahawa berpisah bukanlah sebuah kegagalan, tetapi satu langkah berani menuju kehidupan yang lebih indah, berbanding terus berjuang seorang diri dalam hubungan yang tidak seimbang.

“Jika cinta anda tidak dihargai, semoga lagu ini memberi keberanian untuk mengambil keputusan yang tepat. Kehidupan selepas berpisah boleh menjadi jauh lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.

“Bella memperlihatkan kesabaran, keikhlasan, dan ketulusan yang luar biasa, namun setiap orang pasti ada batasnya. Lagu ini adalah penghormatan kepada kekuatan hati itu,” katanya.

Berkongsi tentang kerjasama bersama Bella, Ade meluahkan rasa kagum terhadap tahap profesionalisme artis muda ini. 

“Bella sangat profesional, bukan sahaja dalam nyanyian malah dalam lakonan video muzik juga menunjukkan kesungguhan luar biasa. 

‘Tidak banyak wanita yang mampu menunjukkan ketabahan dan komitmen sepertinya. Bella memang hebat,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This