TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Moscow pada Selasa, bagi memulakan lawatan kerja lima hari di Rusia.
Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 7.20 malam waktu tempatan itu disambut Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.
Turut berada di Rusia ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.
Semasa lawatan itu, Fadillah dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau Alexei Overchuk.
Mesyuarat tersebut akan disertai Timbalan Menteri Tenaga Rusia, Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, Vladimir Ilichev.
Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan mengadakan lawatan teknikal ke Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini dan piawaian keselamatan antarabangsa.
Selain itu, beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah ROSATOM Alexey Likhachev bagi memahami lebih mendalam landskap institusi, teknikal dan peraturan dalam pembangunan tenaga nuklear Rusia.
Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri akan diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Rusia.
Timbalan Perdana Menteri berada di Rusia hingga 28 Jun.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

