Lee Je-hoon kembali membintangi musim ketiga Taxi Driver, Viu jalin kerjasama dengan SBS

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERKHIDMATAN penstriman video, Viu oleh PCCW dan SBS, rangkaian televisyen terkenal dari Korea Selatan mengumumkan musim ketiga drama popular Taxi Driver yang akan ditayangkan pada Suku Keempat 2025 sebagai Viu Original di seluruh dunia (kecuali Korea Selatan dan China).

Siri terbaharu itu akan mengekalkan elemen penceritaan Korea yang kukuh sambil memperluaskan lokasi penggambaran ke peringkat antarabangsa serta memperkenalkan bakat dari seluruh Asia.

Pelakon Lee Je-hoon kembali memegang watak ikonik Kim Do-gi, seorang penegak kebenaran (vigilante) yang bijak namun dibelenggu trauma dan telah memikat hati penonton di seluruh dunia.

Malah, barisan pelakon seperti Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin dan Bae Yoo-ram turut menjadi sebahagian daripada produksi musim terbaharu itu.

Penulis skrip oleh Oh Sang-ho dan diarahkan oleh Kang Bo-seung, pasukan Rainbow Taxi bakal berdepan misi paling berbahaya mereka setakat ini.

Edan Lui daripada kumpulan popular Hong Kong, MIRROR, turut membuat penampilan sulungnya dalam drama ini sebagai watak yang menjalinkan pakatan tidak dijangka dengan Kim Do-gi.

Ketua Pegawai Eksekutif Studio S (Unit Penerbitan Dalaman SBS Media Group), Park Jeong-hoon berkata, pihaknya berbesar hati memperkenalkan Taxi Driver 3 menerusi kerjasama erat dan berterusan bersama Viu.

“Pasukan produksi kini sedang berusaha keras untuk menghasilkan sebuah drama berkualiti tinggi yang bukan sahaja meneruskan legasi musim pertama dan kedua tetapi juga mampu memenuhi dan mengatasi jangkaan penonton,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group Janice Lee, berkata, senarai kandungan terbaharu itu mencerminkan komitmen berterusan terhadap penceritaan yang menarik, relevan secara lokal dan berpotensi menembusi pasaran global.

“Sepanjang 2025, kami membawakan pelbagai kerjasama antarabangsa baharu seperti Taxi Driver 3, My Youth dan The Season, produksi yang membawakan kisah berunsur lokal dengan sentuhan universal.

“Dengan kerjasama bersama studio bertaraf dunia dan penglibatan bakat tempatan serta antarabangsa, kami berhasrat untuk terus memperkasa industri kreatif sambil mempersembahkan naratif segar dan kekayaan budaya yang mampu memikat penonton global,” ujarnya.

Selain My Youth lakonan Song Joong-ki dan The Season, sebuah drama penuh gaya berlatar belakangkan Hong Kong, senarai kandungan Viu bagi 2025 turut merangkumi pelbagai program tempatan.

Ini termasuklah 12 kandungan terbaharu dalam bahasa Melayu, hasil kerjasama produksi bersama studio terkemuka Malaysia seperti Rumah Karya Citra dan Global Station serta kandungan premium dari Indonesia menerusi inisiatif Viu | MAXStream Originals bersama Telkomsel.

Senarai Kandungan Utama Viu untuk Suku Ketiga 2025:-

Judul Sinopsis

My Youth (KR)

My Girlfriend Is a Man! (KR)

Immortal Ascension (凡人修仙传) (CN)

Love’s Ambition (许我耀眼) (CN)

Rintik Terakhir (ID)

Secret High School (ID)

Seadanya Kita (MY)

Putri & Phrince (MY)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This