Bukan sekadar rupa paras, Viu cabar norma temu janji melalui Rak Rak: Senses of Love

Dari Penulis

GERGASI penstriman OTT, Viu sekali lagi menggegarkan industri kandungan digital serantau dengan pengumuman siri realiti original kedua mereka, ‘Rak Rak: Senses of Love’.

Naskhah itu bukan sekadar sebuah rancangan mencari cinta biasa, sebaliknya ia hadir dengan eksperimen sosial yang mencabar batasan fizikal dan lisan.

Menyusuli kejayaan luar biasa program bertemakan kulinari, Bite Me Sweet, Viu kini beralih arah kepada dinamika hubungan manusia.

Siri yang diterbitkan oleh BigHouse Entertainment itu telah mula menemui penonton di seluruh pasaran Viu sejak 30 April lalu, membawa satu perspektif segar dalam genre realiti temujanji yang sering kali dikritik kerana terlalu mementingkan rupa paras.

Mengambil lokasi di landskap eksotik Thailand, ‘Rak Rak: Senses of Love’ menghimpunkan sekumpulan anak muda dari pelbagai pelosok dunia yang kini menetap di Korea Selatan dan Asia Tenggara.

Apa yang menarik, setiap peserta datang daripada latar belakang kerjaya dan budaya yang sangat kontras, namun mereka disatukan dalam satu misi mencari keserasian tanpa gangguan visual atau bicara kosong.

“Menerusi pendekatan ini, kami mahu memberi penekanan terhadap hubungan emosi yang lebih mendalam.

“Siri ini memfokuskan kepada bagaimana manusia boleh membina keintiman melalui lima deria utama, sekaligus mengetepikan norma biasa yang terlalu tertumpu pada penampilan fizikal atau komunikasi lisan semata-mata,” jelas wakil penerbitan dalam satu kenyataan.

Penonton bakal disajikan dengan lapan episod berdurasi satu jam yang penuh dengan tugasan luar kotak.

Daripada aktiviti yang memerlukan sensitiviti bunyi dan sentuhan sehingga kepada cabaran kreatif berkumpulan, setiap segmen direka untuk menguji sejauh mana keterbukaan emosi peserta apabila komunikasi tradisional ditiadakan.

Kelahiran siri ini juga merupakan bukti kukuh keberkesanan kerjasama antara Viu dan Korea Creative Content Agency (KOCCA).

Memorandum persefahaman yang dimeterai pada Ogos 2024 kini mula membuahkan hasil dalam bentuk kandungan premium yang menggabungkan kepakaran teknikal Korea dengan intipati budaya Asia Tenggara.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk memperluaskan portfolio kandungan realiti premium.

“Kami melihat wujudnya permintaan tinggi daripada penonton serantau yang kini lebih mendambakan kisah hubungan yang autentik, telus, dan mencabar naratif konvensional yang sedia ada di pasaran.

Dengan ‘Rak Rak: Senses of Love’, Viu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor kandungan original berkualiti tinggi, malah menetapkan penanda aras baharu bagi produksi siri realiti yang mampu menembusi pasaran global.

Bagi peminat genre realiti yang inginkan sesuatu yang lebih daripada sekadar drama, siri ini kini sedia untuk distrim secara eksklusif di platform Viu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This