Ketua Pengarah Pendidikan: Hadiah menanti bersara?

Dari Penulis

PENDIDIKAN peringkat persekolahan adalah antara penentu utama kejayaan negara melonjak ke hadapan. Semua tahu pelbagai cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan negara. Sangat getir. Sering dibincangkan.

Sejak 2000, kita sudah mempunyai 11 Ketua Pengarah Pendidikan (KPP). Purata tempoh perjawatan KPP dari 2000-2019 ialah 3.3 tahun.

Sejak 2020, tempoh lantikan semakin mudarat. Lantikan terkini menjadikan 5 KPP sejak 2020. Purata tempoh perjawatan KPP terkini ialah 1 tahun sahaja! Malah ada seorang KPP yang tak sampai setahun di pejabat! Ditolak menghabiskan baki cuti sebelum persaraan, kemungkinan semua KPP sejak 2020 berkhidmat kurang dari setahun! Kerusi pun tak sempat panas.

Dr. Mohd. Azam Ahmad, KPP yang baru dilantik bermula 7 Julai ini, dilahirkan pada tahun 1967, sudah 58 tahun umurnya, 2 tahun lagi mencecah umur persaraan.

KPP adalah peneraju utama pendidikan persekolahan negara. Malangnya dengan purata hanya 1 tahun dalam perjawatan, ia hanya bagai hadiah menjelang persaraan sahaja.

Apa gagasan nak dibawa kalau tempoh yang ada hanya setahun dua? Apa rancangan bersifat strategik yang boleh dilaksanakan? Dengan tempoh setahun, ertinya prestasi KPP tidak akan dapat dinilai!

Dengan tempoh perjawatan yang sangat pendek sebelum bersara, apa agaknya perancangan yang boleh dibuat oleh seorang KPP?

Mungkin perancangan persaraan yang menjadi utama. Maaf, agakkan saya saja.

Apapun tahniah dan selamat menjalankan tugas Dr. Mohd. Azam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This