Berbelanja di platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok serta peroleh ganjaran tunai semasa membeli-belah pastinya satu pengalaman baharu buat kaki ‘shopping online’.
Mova Digital Tech Sdn Bhd. selaku pelopor aplikasi e-dagang atas talian dikenali MOVA menawarkan insentif dua hala iaitu pulangan tunai peribadi dan ganjaran rujukan atau referral yang memberikan kelebihan buat pengguna setiap kali membeli belah.
Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Moon Ng berkata, MOVA memberi tumpuan kepada pembangunan platform teknologi berasaskan e-dagang, dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan kepada pengguna melalui inovasi teknologi.

“MOVA ialah aplikasi cashback pihak ketiga yang inovatif, membolehkan pengguna menjana ganjaran tunai semasa membeli-belah di platform seperti Shopee dan TikTok.
“Dengan integrasi yang lancar bersama platform e-dagang terkemuka, MOVA memberikan nilai sebenar kepada pembeli dan membantu peniaga meningkatkan pendedahan serta kadar penukaran.
“Sebagai contoh, jika sebelum ini pembeli mendapatkan penjimatan melalui baucer yang ditawarkan, kini mereka melalui MOVA, pengguna boleh menjana ganjaran wang tunai menggunakan aplikasi di mana wang terkumpul boleh dipindahkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya ketika ditemui.
Pihaknya turut optimis untuk mencapai sasaran tiga juta pengguna di Malaysia menjelang akhir tahun mendasarkan kepada kecenderungan rakyat Malaysia berbelanja dalam talian.
“Menurut kajian, pada tahun 2024, jumlah jualan bagi pembelian dalam talian di Malaysia ialah RM710 bilion di mana RM50 bilion datang daripada platform Shopee, TikTok dan Lazada.
“Justeru kami yakin mampu mencapai sasaran 10 juta pengguna di Indonesia dan Malaysia menjelang akhir tahun ini berdasarkan pasaran e-dagang di Asia Tenggara yang besar dan sedang berkembang pesat.
“Sehingga kini, lebih 20,000 pengguna aktif Malaysia telah memuat turun dan berdaftar dengan aplikasi MOVA dengan transaksi sebanyak RM60,000 sehari manakala RM6.1 juta sehari di Indonesia.
“Selain itu, kami juga memiliki pasukan teknologi profesional dan pasukan operasi tempatan yang mahir dan responsif terhadap keperluan pasaran atas talian,” katanya lagi.
Moon turut mengulas idea MOVA tercetus hasil pemerhatian mendalam pihak terhadap pasaran e-dagang di Asia Tenggara di mana pihaknya mendapati semakin ramai pengguna ingin berjimat semasa membeli-belah dalam talian.
“Kami membina satu platform yang membolehkan semua orang menyertainya dan menjana pendapatan. Selain itu, pengguna boleh menerima pulangan tunai dan pada masa yang sama membina pasukan mereka sendiri untuk menjana pendapatan jangka panjang,” katanya.
Tambah Moon lagi, pengguna juga boleh naik taraf sebagai rakan dan berkongsi pautan pembelian dengan rakan-rakan mereka untuk memperoleh pendapatan rujuan setiap kali rakan mereka membeli untuk menerima ganjaran yang akan membuka peluang menjana pendapatan pasif secara konsisten.
“Bagi mempromosi jenama MOVA ini, kami akan melaksanakan pelbagai strategi pemasaran termasuk bekerjasama dengan KOL atau Key Opinion Leader dan pencipta kandungan tempatan untuk memperluaskan pengaruh jenama ini.
“Selain itu, kami akan menyertai kempen besar e-dagang seperti 9.9 dan 11.11 dengan promosi khas dan menawarkan aktiviti eksklusif untuk pengguna Malaysia serta menyediakan sokongan bahasa tempatan dan pasukan khidmat pelanggan,” ulasnya lagi.
Syarikat yang beribu pejabat di Shenzhen, China untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan pengguna melalui inovasi teknologi telah memulakan operasi pertama di pasaran Indonesia akhir tahun lalu.

