ALPHA hadir dengan single kedua, P.Ramlee & Saloma cabar norma & tampil dengan bunyi yang tersendiri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS mencetuskan gelombang luar biasa menerusi debut single Mona Lisa (Bang Bang), ALPHA terus melebarkan diskografi mereka dengan single kedua berjudul P. Ramlee & Saloma.

Diterbitkan sepenuhnya di bawah Rocketfuel Entertainment, lagu ini merupakan hasil kolaborasi mantap barisan komposer berbakat besar iaitu Justin Seow, Mohsein Kush & RFE. 

Sisi muzik ALPHA yang dianggotai oleh Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky kali ini berputar 180 darjah, dengan taruhan lagu berentak balada yang penuh emosi.

 Karya ini bukan sekadar pengenalan kedua kepada muzik ALPHA, malah ia adalah manifesto artistik yang memperkenalkan identiti mereka sebagai kumpulan yang berani mencabar norma dan tampil dengan bunyi yang tersendiri.

Mengimbau kembali perjalanan tujuh bintang ini, kemunculan ALPHA bukanlah satu kebetulan, tetapi hasil pencarian melalui program realiti Big Stage Alpha, sebuah “spin-off” kepada rancangan popular Big Stage, namun kali ini berfokus sepenuhnya kepada peserta lelaki. 

Dari beratus orang yang mencuba nasib, hanya tujuh bintang paling menyerlah dipilih untuk membentuk kumpulan muktamad dan lahirlah ALPHA, satu unit padu yang memiliki pakej lengkap: vokal, karisma, gaya serta personaliti unik yang tersendiri. 

“Alpha” melambangkan permulaan, pemimpin dan kekuatan utama. Dalam konteks ini, ALPHA adalah gabungan tujuh karakter berbeza yang bersatu untuk memimpin era baharu muzik Asia Tenggara.

Datang dari latar belakang yang berbeza, mereka disatukan dengan satu impian dan satu misi untuk mengangkat bakat serantau ke tahap antarabangsa melalui muzik yang segar, berani dan berkualiti tinggi. 

Bagi menandakan kemunculan rasmi mereka dalam industri, ALPHA mempersembahkan single pengenalan berjudul “Mona Lisa (Bang Bang)”, sebuah lagu pop moden dengan suntikan elemen K-pop yang bertenaga, “catchy” dan penuh “attitude”.

Ciptaan Justin Seow, Kuizz, James Chaw, Sean Lew, Roland Lim Shi Jie, Tyler Sarfert dan Prem Anand, muzik video “Mona Lisa (Bang Bang)” yang diluncurkan pada 6 Julai lalu turut mendapat sambutan yang hangat, dengan 250 ribu jumlah tontonan di Youtube. 

Pelancaran ALPHA adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Rocketfuel Entertainment untuk mengangkat bakat tempatan dan serantau ke tahap yang lebih tinggi. 

“Kami di Rocketfuel percaya bahawa bakat Asia Tenggara harus diketengahkan dalam acuan tersendiri, dan ALPHA adalah bukti nyata bahawa dengan bimbingan dan platform yang betul, kita boleh menghasilkan bintang setaraf antarabangsa,” ulas Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This