Gagal perbaharui cukai jalan selebriti, pempengaruh dalam radar JPJ

Dari Penulis

SELEBRITI tanah air antara beberapa individu yang berada dalam radar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung isu kegagalan memperbaharui cukai jalan kenderaan mewah mereka.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, hasil risikan mendapati beberapa individu berkenaan termasuk dalam senarai pemilik kenderaan yang dipercayai telah tamat tempoh cukai jalan.

“Risikan yang dijalankan setakat ini mendapati kenderaan milik mereka tidak digunakan di jalan raya.

“Bagaimanapun, sekiranya kenderaan terbabit dikesan dipandu tanpa cukai jalan yang sah, tindakan tegas akan diambil,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: MCMC siasat kandungan palsu bersifat 3R berkaitan kes Zara Qairina

Katanya, pemantauan terhadap golongan berstatus itu bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

“Perlu diingat bahawa JPJ bukan mahu mencari salah, namun mahu setiap individu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kewajipan mematuhi undang-undang adalah sama untuk semua, tiada pengecualian,” katanya.

Terdahulu, statistik Ops Luxury sejak 1 Julai lalu mencatatkan sebanyak 258 kenderaan mewah pelbagai jenama telah disita.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This