Kerana dedahkan aib orang, aib sendiri yang terdedah

Dari Penulis

Hari ini terlalu banyak aib atau keburukan terdedah terutama melalui media sosial. Terkadang yang mendedahkan aib tersebut bukan orang lain tetapi diri sendiri, seolahnya mereka sudah tidak punya perasaan malu. Adakah ini kerana kifarah atau balasan atas perbuatannya yang suka mendedahkan keaiban orang sehingga diri sendiri tanpa sedar mendedahkan aibnya.  

Mungkin ini yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Wahai orang-orang yang mengakui diri telah Islam dengan lidah, tetapi tidak meresap iman ke dalam hati. Janganlah kamu menyakiti hati orang Islam lain dan janganlah mengintip keaiban mereka kerana sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mendedahkan keaibannya. Sesiapa yang didedahkan keaiban (keburukan) nya, akan terdedahlah dia walaupun dalam perut kenderaannya

Berpandukan hadis di atas, kita disedarkan bahawa akan ada di kalangan umat Islam yang hanya mengaku diri mereka Islam tetapi malangnya sifat dan akhlak mereka tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Islam yang sejati. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w. tujukan nasihat ini kepada orang-orang sedemikian.

Golongan yang mengaku Islam tetapi tidak menghayati cara hidup Islam jika dibiarkan akan merosakkan Islam di mata masyarakat seluruhnya. Sebab itulah pelbagai tanggapan diutarakan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam seperti Islam agama mengajar keganasan, Islam agama kemunduran, Islam agama yang prejudis terhadap wanita dan pelbagai lagi tanggapan buruk.

Dek kerana itu adalah penting bagi kita memastikan segala tingkah laku dan tutur kata kita tidak terkeluar dari batas-batas yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam. Atas asas inilah maka Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita agar jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menyakiti saudara Islam yang lain, tidak kira dengan tutur kata atau perbuatan.

Ini kerana perbuatan sedemikian adalah kerja orang yang Islamnya hanya di bibir saja bukan di hati.

Hadis di atas juga melarang kita memalukan orang lain dengan cara mencari-cari keaiban dan keburukan mereka. Sekiranya maklumat yang didapati itu digunakan untuk menasihati orang tersebut secara diam-diam, maka itu dibenarkan.

Tetapi jika untuk memalukan orang tersebut di khalayak, maka amat ditegah dan dibenci oleh Islam. Islam memberi amaran, jika seseorang membuka keaiban dan keburukan orang lain maka lambat laun rahsianya sendiri akan terbongkar dan terdedah. Malah lebih teruk lagi yang mendedahkannya adalah diri sendiri.

Ini kerana apabila Allah S.W.T. membuka keaiban seseorang sebagai balasan perbuatannya, maka tidak ada sesuatu yang dapat menghalangnya sekalipun dia berada di bilik kebal atau di dalam hutan belantara.

Oleh itu janganlah kita sekali-kali tergerak hati untuk mencari-cari keburukan orang lain. Tanamkan dalam diri untuk saling perlu menyayangi saudara seagama sebagai mana kita menyayangi diri sendiri, hinggakan jika kita mengaibkan mereka adalah seolah-olah kita mengaibkan diri sendiri. Wallahu a’lam.

____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This