TINDAKAN undang-undang terhadap individu terlibat dalam video tular tidak menghormati lagu ‘Negaraku’, baru-baru ini perlu diambil, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Muhamad Akmal dalam kenyataan hari ini menegaskan, tindakan biadab itu tidak boleh dipandang enteng oleh pihak berkuasa dan perlu dibasmi segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, hukuman berat perlu diambil tanpa mengira status perbezaan bangsa mahupun parti politik.
“Sebelum ni kibarkan bendera Malaysia terbalik. Kali ini nyanyikan lagu Negaraku secara main-main pula. Dah buat dulu,baru minta maaf. Ini bukan soal bangsa apa mahupun parti politik mana, ini soal bagaimana seorang rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab utama untuk menghormati negara ini.
“Sebab itu kita mahukan satu hukuman yang berat kepada petualang sebegini. Kepada kumpulan-kumpulan bengap yang akan suka pertahankan isu-isu sebegini tolong pertahankan pula kes ini.
“Nak tengok alasan apa kamu guna, mungkin akan guna alasan individu ni tiada otak seperti kamu pula! Negara ini perlu dihormati, bukan diperlekehkan. Orang bukan mahu perbesarkan isu, tetapi isu menghormati negara ini adalah itu yang paling besar. Tangkap dan hukum tidak kira apa bangsa mahupun siapa parti politik yang pertahankan dia,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang pempengaruh menyanyikan lagu Negaraku secara ‘main-main’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

