Bekas editor URTV, Rosli Manah meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

[AKAN DIKEMASKINI]

BEKAS editor URTV, Rosli Manah,57, meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari akibat jangkitan kuman pada otak di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Muhammad Dean Ilham Mohd Rosli, 29, yang memaklumkan selama dua bulan arwah bapanya hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Arwah ayah memang ada sakit kencing manis sejak tujuh tahun lalu yang membuatkan pelbagai komplikasi penyakit menyerang tubuh badannya.

“Sebelum ke hospital, kondisi kesihatan ayah memang tidak begitu baik sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

“Selama dua bulan di rawat di hospital, ayah bergantung hayat dengan bantuan pernafasan,” katanya kepada URTV.

Sebelum itu, isteri kepada arwah iaitu Asma Ghani,51, memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Kajang, Selangor dan akan berkongsi maklumat mengenai proses pengebumian dari semasa ke semasa.

Rosli atau lebih sinonim dengan gelaran Che Li menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Jun lalu.

Selain jangkitan kuman, Allahyarham juga menghidap kencing manis sejak tujuh tahun lalu. 

Sepanjang dirawat, pihak doktor juga sudah melakukan dua kali pembedahan bagi mengambil sampel air tulang belakang bagi mengenalpasti punca jangkitan.

Kerjaya Che Li sebagai pengamal media bermula sejak 30 tahun lalu dengan bergelar wartawan mahkamah di akhbar Utusan Malaysia.

Ruangan Kacak Bergaya di Mingguan Malaysia satu ketika dahulu pernah popular dibawah keloloaannya.

Che Li pernah menggalas tanggungjawab sebagai editor URTV dan editor majalah Mangga di Utusan Karya Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

Pada Disember 2018, Che Li mengambil tawaran skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak lelaki yang berusia 20 hingga 29 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This