Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 bakal memeriahkan Lembah Klang pada 12 hingga 16 September ini dengan himpunan makanan, gaya hidup dan peluang perniagaan terbesar tahun ini.
Bertempat di perkarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil, festival yang julung kali diadakan ini menawarkan hampir 300 lot niaga sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025.
Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal berkata, festival ini bukan sekadar pesta makanan, tetapi platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dengan masyarakat.
“Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan, ia adalah platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia, dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat bersempenan sambutan Hari Malaysia dengan sokongan dari Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC).
“Kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 memberikan nilai tambah kepada penganjuran itu kerana ia menghubungkan terus peserta dengan peluang perniagaan, jaringan usahawan dan akses pasaran yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, jelas Rayme, bagi mencipta kelainan, penganjur akan mengadakan sesi Live Podcast bersama figura terkenal tanahair, aktivititi demo masakan dan penglibatan pempengaruh antara tarikan utama bagi menarik pengunjung memandangkan tarikh festival merupakan cuti panjang hujung minggu selama empat hari.
Menggabungkan semangat Hari Malaysia dan tema HUN 2025, Usahawan Nadi Negara, acara ini menghimpunkan ribuan usahawan, inovator dan pemain industri dari pelbagai latar belakang.
Sepanjang lima hari, pengunjung berpeluang menikmati pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum bersama ikon industri, pertandingan inovasi serta sesi pitching pelaburan, di samping pelbagai aktiviti santai seperti rakaman podcast secara langsung, demonstrasi masakan dan penampilan pempengaruh terkenal.
Festival ini diadakan bersempena cuti panjang empat hari, susulan pengisytiharan 15 September sebagai cuti umum tambahan oleh Perdana Menteri. Akses ke lokasi juga mudah dengan kemudahan stesen LRT berdekatan selain tapak parkir yang luas di sekitar kawasan.

“Namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana selain terdapat kemudahan stesen LRT untuk ke sana, terdapat banyak tapak parkir kenderaan disediakan di sekitar kawasan bagi menampung pertambahan jumlah pengunjung,” katanya yang memaklumkan maklumat pakej lot niaga dan pendaftaran boleh didapati melalui saluran media sosial festival itu.
Penganjuran oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. bersama Foodie Media (KL Foodie) ini turut mendapat kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dan sokongan Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC).
Lot niaga adalah terhad mengikut kategori dan pendaftaran awal amat digalakkan bagi mereka yang ingin mengambil peluang ini. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +6011-11433286, +6013-5086807 atau +6012-5518189.

