Netizen teruja Alif Syukri & Ammayan buat segmen post mortem TTMM, tak sabar tunggu episod 2

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PROGRAM realiti terbaharu Astro, Talk To My Manager (TTMM) yang mula bersiaran pada 24 Ogos lalu di Astro Ria (saluran 104) pukul 9 malam, mencuri perhatian ramai penonton dengan konsep unik mengangkat legasi hiburan keluarga.

Berbeza dengan program hiburan tipikal, TTMM mengetengahkan pasangan ibu bapa sebagai pengurus kepada anak masing-masing yang tampil mempamerkan bakat di pentas. Pendekatan ini bukan sahaja memberi hiburan, malah menyajikan penonton dengan ilmu pengurusan seni secara langsung.

Musim pertama ini menghimpunkan nama-nama popular seperti Siti Saerah bersama Amad, Sharifah Shahirah (Audrra), Sharifah Zarina (Athalia), Liza Hanim (Marsya), Ina Naim (Hadie), Ameng (Ammar), Shuib (Thalita) serta Aziz M.Osman (Ara Aziz).

Program ini dipandu pengacara legenda, Datuk Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) dengan barisan juri tetap terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.

Meskipun bukan peserta, kemunculan usahawan sensasi Datuk Alif Syukri bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan atau Ammayan, sebagai pengacara segmen Post Mortem TTMM pada jam 11 malam selepas konsert utama, ternyata mencetuskan fenomena.

Gandingan dua beranak itu dilihat kontras; Alif dengan gaya bersahaja dan kadangkala ‘huru-hara’, manakala Ammayan tampil serius serta tenang mengikut skrip. 

Perbezaan ketara ini mengundang pelbagai reaksi lucu netizen yang mengaku “pecah perut” menonton telatah mereka.

Antara momen tular termasuk insiden Ammayan memberi salam kepada Datuk Syafinaz ketika juri itu sedang memberikan komen, selain tetap mahu memanggil Liza Hanim dengan gelaran ‘puan’ kerana mengikut kad pengacara walaupun diminta memanggil ‘aunty’.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menyifatkan kehadiran Alif dan Ammayan sebagai hos Post Mortem TTMM sebagai langkah tepat.

“Aura mereka sangat sesuai. Alif kecoh, Ammayan pula nampak kekok tetapi itu yang menjadikan mereka istimewa. 

“Interaksi dua beranak ini melengkapkan nilai kekeluargaan yang kami mahu tonjolkan,” katanya.

TTMM berlangsung selama tujuh minggu dengan sistem penjurian minggu pertama ditentukan 100% oleh juri tetap. 

Undian penonton mula dibuka bermula minggu kedua menerusi laman Astro Gempak.

Konsert mingguan TTMM boleh ditonton setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. 

Penonton juga boleh menstrim program ini secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan platform sooka.

Untuk undian peserta kegemaran dan video eksklusif, layari gempak.com/talktomymanager.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This