KUASA membeli para wanita kini jadi lebih glam dan eksklusif dengan pelancaran rasmi SyurgaWanita, sebuah platform e-dagang gaya hidup yang dirancang khas buat wanita moden di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Dengan tagline catchy “Wanita Bergaya, Hidup Bahagia”, laman web www.syurgawanita.com menawarkan pengalaman shopping all-in-one yang merangkumi fesyen, kecantikan, makanan sihat, aksesori dan gaya hidup, semuanya hanya di hujung jari!

Menurut jurucakapnya, Alya Suraya, SyurgaWanita dibina bukan semata-mata untuk menjual produk tetapi untuk mewujudkan satu komuniti wanita yang saling memberi inspirasi untuk tampil lebih bergaya, sihat dan yakin dengan diri sendiri.
“Kami mahu wanita rasa dihargai, diberi pilihan dan dihormati.
“SyurgaWanita bukan sekadar shopping mall digital, ia ruang untuk wanita bersinar,” kata Alya.
Menariknya, platform ini menyasarkan 1 juta pelanggan aktif dalam tempoh terdekat. Wow!
Jangan terkejut kalau anda jumpa produk selebriti kegemaran anda dekat sini, sebab antara yang dah sertai ialah, Datuk Red menerusi pelbagai pilihan sambal, Adira Suhaimi (Whitening scrub lotion, perfume dan shower gel), Datuk Seri Alha Alfa (koleksi mekap Alha Alfa Cosmetic (foundation, cushion, lipstick & setting spray), Rozita Che Wan ( kaftan mewah), Appecut (produk pelangsingan popular).
Turut serta jenama kecantikan dan kesihatan seperti Caah’s Donut, Ojas, Elegant Skincare, dan Luqfa Skincare.
Sempena pelancaran rasmi, SyurgaWanita turut tawarkan FREE GIFT untuk ahli baharu, ganjaran eWallet, Purchase with Purchase, dan LUCKY DRAW yang boleh menang:
- Kereta idaman
- Motosikal
- Kerusi urut
- Tiket penerbangan
- Barangan elektrik!
Jangan lepaskan juga 9.9 Flash Deals dari 30 Ogos hingga 9 September 2025, dengan promosi Buy 1 Free 1 & Lucky Draw khas 20 hadiah barangan elektrik.

Untuk yang confident dan stylish, jangan lepaskan peluang sertai Wanita Bergaya Contest 2025 dari 15 hingga 30 September 2025.
Peraduan ini terbuka kepada semua wanita 18 hingga 45 tahun, dengan pemenang dipilih berdasarkan 60% undian awam + 40% juri profesbional.
Barisan juri glamor:
- Datuk Seri Alha Alfa
- Adira Suhaimi
- Shanell Harun
- Wakil rasmi Butik Louis Vuitton (LV)
Hadiah utama? Fuhhh meletop:
- RM3,000 wang tunai
- LV Lunch eksklusif
- Produk Louis Vuitton asli
Naib juara dan tempat ketiga bakal bawa pulang RM2,000 dan RM1,000, dan 10 hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap seorang. Siapa tak nak?

Dengan gabungan selebriti, produk viral, hadiah hebat dan semangat sisterhood, SyurgaWanita dijangka jadi antara platform e-dagang paling trending tahun ini. Satu langkah besar untuk dunia digital wanita Asia Tenggara!
? Nak join atau shopping sekarang?
? Laman web: www.syurgawanita.com
? Email: [email protected]
? WhatsApp: +6010-2719310

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

